Thursday, 13 June 2019

Contoh Pelaporan Sejarah PT3 KSSM


Laporan Tugasan Sejarah

Tema: Kedatangan Kuasa Asing
Tajuk: Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Barat                                                            Standard Kandungan: 7.3 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 

Pernyataan Masalah: British telah mengadakan Perjanjian Pangkor 1874 dengan pemerintah Perak. Perjanjian tersebut lebih menguntungkan British. Buktikan.

Kajian Literatur:
1) Sejarah Tingkatan 3, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, Dewan Bahasa dan Pustaka
2) Rentetan Sejarah Malaysia Meniti 50 Tahun Kemerdekaan, Kamdi bin Kamil, Nor Salleh bin Ngatmin, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor
3) Perjanjian BRITAIN-BELANDA 1824 dan Perjanjian Pangkor 1874, Siti Syahira binti Mustapa, Nurfizzila binti Mohamed Kassim, Program Sejarah Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
4) Kepentingan Perjanjian Pangkor 1874, Norsuhada Mahyuddin

Objektif Kajian:
1) Menjelaskan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874 yang lebih menguntungkan British
2) Memahami kronologi Perjanjian Pangkor 1874
3) Menerangkan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa campur tangan dan penjajahan British di Perak

Kaedah Kajian:
1) Penyelidikan Perpustakaan
2) Melayari Internet
3) Audio Visual

Sumber Rujukan:

Buku
1) Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, 2018. Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 64, 65, 70, 72, 73
2) Kamidi bin Kamil, Nor Salleh bin Ngatmin, 2007. Rentetan Sejarah Malaysia Meniti 50 Tahun Kemerdekaan. Johor: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor. Halaman 60, 61

Jurnal
1) Siti Syahira binti Mustapa, Nurfizzila binti Mohamed Kassim, Perjanjian BRITAIN-BELANDA 1824 dan Perjanjian Pangkor 1874. Program Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Halaman 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25
2) Norsuhada Mahyuddin, Kepentingan Perjanjian Pangkor 1874

Internet

Sumber Lain
1) Youtube, Perjanjian Pangkor 1874 Hari Ini Dalam Sejarah, 4-2-2018, https://www.youtube.com/watch?v=z4Y7vbtOS94
2) Youtube, perjanjian pangkor, 28-3-2018, https://www.youtube.com/watch?v=-GQ88jruOQA
3) Youtube, PERJANJIAN PANGKOR, 11-5-2019, https://www.youtube.com/watch?v=BPRDPJQqYm8
4) Youtube, PERJANJIAN PANGKOR 1874, 17-7-2017, https://www.youtube.com/watch?v=CDsAUWfzLAc

British telah mengadakan Perjanjian Pangkor 1874 dengan pemerintah Perak. Perjanjian tersebut lebih menguntungkan British. Buktikan.

1.0 Pengenalan dan Latar Belakang

Perjanjian Pangkor 1874 merupakan suatu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di atas kapal berkuasa wap yang bernama HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu kawasan perairan antara Lumut dengan Pulau Pangkor. Pemeteraian perjanjian ini melibatkan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke, Raja Muda, Raja Abdullah, Menteri Larut, Ngah Ibrahim, Dato' Sagor dan ketua-ketua bagi kumpulan kongsi gelap cina Ghee Hin dan Hai San. Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani untuk menamatkan kekacauan di Perak dan memberikan kebenaran kepada British untuk campur tangan dalam sektor pentadbiran, ekonomi dan politik secara rasmi.

2.0 Sebab-Sebab Termeterainya Perjanjian Pangkor 1874

Pada abad ke-19, Perak kaya dengan bijih timah. British menganggap Perak merupakan sebuah negeri penting untuk dikuasai demi kepentingan mereka. Pada awal tahun 1870-an, keadaan politik Perak tidak stabil. British telah nampak peluang untuk menguasai Perak dengan mengadakan Perjanjian Pangkor 1874 dengan pemerintah Perak. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan keadaan politik Perak tidak stabil, iaitu berlakunya Perang Larut dan perebutan takhta dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.

Pada tahun 1848, pemerintah Larut, Ngah Ibrahim telah membawa masuk buruh-buruh cina ke Larut untuk memajukan perlombongan bijih timah. Mereka telah mengganggotai kumpulan kongsi gelap cina utama di Perak sama ada kumpulan Ghee Hin atau kumpulan Hai San. Pergaduhan antara kedua-dua kongsi gelap cina tersebut demi kepentingan mereka telah menyebabkan tercetusnya Perang Larut. Perang Larut telah mengganggu perdagangan bijih timah di Negeri-Negeri Selat. Pedagang Cina dan pedagang Eropah telah meminta British untuk mengambil tindakan bagi memulihkan keamanan di Perak supaya pelaburan dalam perlombongan bijih timah mereka dapat dilindungi.

Keadaan Perak bertambah buruk apabila berlakunya perebutan takhta dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu. Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Muda, Raja Abdullah yang sepatutnya dilantik menjadi Sultan Perak tetapi tidak ditabalkan kerana tidak menghadiri upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput. Maka, Raja Bendahara, Raja Ismail ditabalkan sebagai Sultan Perak. Raja Abdullah tidak bersetuju dan ingin merebut takhta dengan Sultan Ismail tetapi tiada kuasa. Dia telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke untuk mengesahkannya sebagai Sultan Perak.

Sir Andrew Clarke berpendapat bahawa inilah peluang keemasan untuk menguasai Perak. Dia bersetuju untuk mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. Dia mengajak Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Melayu dan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap cina untuk berunding di HMS Pluto bagi menyelesaikan masalah Perang Larut dan perebutan takhta. Hasil rundingan mereka merupakan penandatanganan Perjanjian Pangkor 1874.

3.0 Syarat-Syarat yang Lebih Menguntungkan British

Terdapat 8 syarat dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menguntungkan British. Pertama, syarat ke-6 menyatakan bahawa Sultan Abdullah menerima seorang pegawai British yang bergelaran Residen. Nasihat yang diberikan olehnya mesti diikuti oleh sultan dalam semua perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istidat Melayu. Sultan juga haruslah menyediakan satu kediaman untuk Residen. Syarat ke-7 pula menyatakan bahawa kapten Tristam Speedy dilantik sebagai penolong Residen. Dia akan membantu Residen untuk memberikan nasihat kepada Menteri Larut. Nasihatnya mestilah dipatuhi. Di samping itu,syarat ke-5 menyatakan bahawa semua perkara tentang pentadbiran dan pemungutan serta pengawalan pendapatan dijalankan di atas nama Sultan Abdullah. Syarat ke-10 menyatakan bahawa semua pemungutan dan pengawalan pendapatan serta pentadbiran diuruskan di bawah nasihat-nasihat Residen.

Selain itu, syarat ke-8 menyatakan bahawa pembiayaan kos bagi Residen, penolong Residen dan kakitangan British ditentukan oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat dan ditanggung oleh pendapatan negeri Perak. Manakala syarat ke-9 pula menyatakan bahawa pembiayaan kos bagi sultan, bendahara, Menteri Larut dan pembesar-pembesar Melayu juga ditanggung oleh pendapatan negeri Perak.

Syarat ke-13 menyatakan bahawa nasihat-nasihat untuk menamatkan kekacauan dan memulihkan kesejahteraan di Perak yang diberikan oleh Residen haruslah diikuti. Akhir sekali, syarat ke-14 menyatakan bahawa Menteri Larut bertanggungjawab untuk menanggung semua kos British dalam memulihkan keamanan di Perak.

4.0 Kesan-Kesan Penandatanganan Perjanjian Pangkor 1874

Pemeteraian Perjanjian Pangkor 1874 telah banyak mendatangkan kesan. Kesan utama yang dibawa oleh perjanjian tersebut ialah British dapat menguasai Perak secara langsung dengan memperkenalkan Sistem Residen berdasarkan syarat perjanjian ke-6, ke-7 dan ke-10. Sultan Abdullah menerima seorang pegawai British yang bergelaran Residen. Residen bertanggungjawab untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali hal berkaitan dengan adat Islam dan adat istiadat Melayu. Semua nasihat yang diberikan mestilah diikuti dan dipatuhi. Sultan merupakan ketua negeri tetapi British merupakan ketua kerajaan melalui sisten ini. Berdasarkan syarat perjanjian ke-5 dan ke-10, semua perkara tentang pentadbiran negeri dan pemungutan serta pengawaln cukai dijalankan di atas nama Sultan Abdullah tetapi disusun dan diatur menurut nasihat Residen. Oleh itu, British dapat mula menguasai ekonomi Perak apabila Residen berkuasa penuh untuk mengutip cukai di Perak.

Selain itu, berdasarkan syarat perjanjian ke-8 dan ke-9, semua gaji dan elaun sara hidup Residen, penolong Residen dan pegawai British lain bukan dibayar oleh kerajaan British tetapi ditanggung oleh pendapatan negeri Perak. Maka, Perak perlulah menanggung bebanan perbelanjaan tambahan selain menanggung perbelanjaan sultan dan pembesar-pembesar Melayu. British dapat menjimatkan kos pentadbiran mereka di samping juga mengaut segala kekayaan hasil bumi Perak ketika itu untuk membangunkan negara mereka sendiri.

Di samping itu, berdasarkan syarat perjanjian ke-13, Residen menggunakan alasan menamatkan kekacauan di Perak dan memulihkan keamanan dengan memberikan nasihat. Nasihat yang diberikannya mestilah diikuti. Oleh itu, Residen dapat mengambil kesempatan ini untuk menguasai perlombongan bijih timah. Dengan ini, British menjadi orang tengah dalam perusahaan bijih timah di Perak. Urusan perlombongan bijih timah tidak dapat diganggu oleh pihak luar. Maka, British dapat menguasai kekayaan hasil bijih timah di Perak. Berdasarkan syarat perjanjian terakhir, British dapat banyak menjimatkan wang mereka untuk mebaiki kerosakan selepas Perang Larut kerana Menteri Larut akan menanggung semua kos.

Selepas campur tangan Residen, Sultan Abdullah mula kehilangan kuasa contohnya baginda tidak boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya lagi. Akhirnya, British berjaya menguasai Perak tanpa disedari oleh pemerintah Perak.

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, Perjanjian Pangkor 1874 lebih menguntungkan British. Perjanjian Pangkor 1874 merupakan satu faktor yang membantu British untuk menguasai Perak. Ketidakstabilan politik di Perak telah memberikan peluang kepada British untuk menguasai Perak. 

Terdapat tiga iktibar yang diperoleh daripada peristiwa campur tangan dan penjajahan British di Perak. Pertama, pemimpin negara haruslah berwaspada dan berfikir dengan teliti dengan cadangan yang diberikan oleh negara lain supaya tidak memberikan peluang kepada negara lain untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kita. Contohnya, Sultan Abdullah yang ingin disahkan sebagai oleh Sultan Perak sendiri memberikan peluang kepada British untuk menguasai Perak secara rasmi tanpa memikirkan kesan-kesan yang didatangkan oleh perjanjian tersebut. Selain itu, rakyat Malaysia mestilah bersatu padu supaya tidak memberikan peluang kepada kuasa asing campur tangan dalam pentadbiran. Contohnya, Perang Larut telah menyebabkan keadaan di Perak menjadi kacau bilau. British menjadikannya sebagai alasan untuk memulihkan keamanan di Perak dan mula campur tangan dalam pentadbiran Perak dan akhirnya berjaya menguasai Perak. Akhir sekali, kita mestilah bersikap rasional dan membuat keputusan yang betul supaya tidak menyesal selepas kejadian berlaku. Contohnya, walaupun Sultan Abdullah disahkan sebagai Sultan Perak, namun British berjaya menguasai Perak disebabkan oleh kesilapan yang dibuat oleh baginda. 





Monday, 10 June 2019

Kesultanan Johor Riau

Sejarah Johor

Jump to navigationJump to search
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah JohorRiau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung TuanMuarBatu PahatSingapuraPulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera. Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor

Pengenalan


Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.
Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Sebab - sebab

Perak merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau PinangMelaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai sebuah negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda ialah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja. Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campur tangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan menguasai perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874.

Syarat

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Raja Muda Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British.
Syarat penuh ialah:
  1. Raja Muda Abdulah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
  2. Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah wilayah kecil diserahkan hak kepadanya.
  3. Segala perlantikan pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja hendaklah disahkan.
  4. Kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-Marhum Sultan hendaklah disahkan.
  5. Semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua perlantikan hendaklah dibuat atas nama Sultan.
  6. Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai British yang dinamakan Residen. Pegawai ini akan ditauliahkan ke istana Sultan, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
  7. Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut.
  8. Pembiayaan untuk Residen-Residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan menjadi tanggungjawab pertama daripada hasil Negeri Perak.
  9. Peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil tersebut.
  10. Pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah nasihat Residen-residen ini.
  11. Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan seperti berikut: Dari Bukit Segari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No. 1 Selat Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga kelaut, kemudiannya di sepanjang [antai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ketimur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Segari.
  12. Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Province Wellesley (Seberang Perai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak.
  13. Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segara di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad.
  14. Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.

Kesan

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut. Akan tetapi, Raja Abdullah telah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birchmenjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.
Campur tangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu, khasnya golongan istana yang berasa kuasa mereka telah hilang. Kesannya, orang Melayu Perak mula bertindak. Mereka telah berpakat membunuh Birch. Pembunuhan tersebut dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.
Banyak pihak yang semuanya orang Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja LelaDatuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad AminNgah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
Dengan kejayaan membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama-sama Negeri SembilanSelangor dan Pahang kemudiannya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.